Zara Zya Tampil Dengan Single Sulung Berjudul ‘Tiada Dendam’

Nampak gayanya pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Love You Mr Arrogant’ ini tampil dengan single pertamanya. Zara Zya yang dikenali sebagai seorang pelakon ini mula mengorak langkah sebagai penyanyi pula.

Di bawah label syarikatnya sendiri, Zara Zya Management Sdn Bhd, telah bekerjasama dengan Life Records dan Waznah Sdn Bhd dari Brunei Darussalam. Lagu berjudul ‘Tiada Dendam’ ini telah pun dikongsikan sendiri oleh Zara di laman sosialnya.

Macam mana? Best tak? Itu baru teaser. Lagu ciptaan Lieynur Liey / Fauzi Aisunam manakala liriknya nukilan Iman Imran ini sudah boleh didengar di Apple Music pada 29 Mac 2018. Manakala video liriknya akan dilancarkan di Channel Youtube Life Records Malaysia pada 30 Mac 2018. Lagu ini juga boleh didengar di Spotify, JOOX,KKBOX, DEEZER dan lain-lain digital platform pada 30 Mac 2018.

Sumber Instagram Zara Zya

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.