‘Itu Semua Adalah Teknik Lakonan’- Fazlina Dato’ Ahmad Daud

Kecoh seketika apabila dikhabarkan penyanyi Aiman Tino ditampar oleh pelakon versatile, Fazlina Dato’ Ahmad Daud. Kisah yang digembar-gemburkan itu berlaku di set pengambaraan drama Mak Cun 4. Sebenarnya tidak ada apa yang patut dikecohkan sangat. Semua adalah teknik lakonan.

Aiman memegang watak Kumin dewasa dalam Mak Cun. Menurut Fazlina, dia tidak menampar Aiman ketika Aiman mengambil mood sebaliknya semasa dalam set. Fazlina tidak akan menampar sesiapa dengan sesuka hati. Semua itu adalah teknik lakonan semata-mata. Seluruh krew produksi ada ketika babak yang dilakukan itu. Malah ibu Aiman turut ada sama.

Jadi kenyataan mengatakan Fazlina menampar Aiman ketika penyanyi itu mengambil mood adalah tidak benar sama sekali. Dalam berlakon, seseorang perlu mengambil mood yang betul. Jika tidak tahu cara, babak yang dilakukan tidak akan menjadi. Aiman sendiri mengaku Fazlina membantunya untuk mendapatkan mood yang betul bagi babak tersebut.

Maka, peminat di luar sana tidak perlu salah faham ya. Kita nantikan sahaja tayangan Mak Cun 4 itu nanti.

Photo kredit Instagram Aiman & Fazlina

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.