Pengertian Aafiyah Dalam Islam Cukup Luas Baik Di Dunia Mahupun Di Akhirat- Mufti Wilayah Persekutuan

Semenjak wajah puteri sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliza mula diperkenalkan, seluruh rakyat Malaysia begitu teruja. Sebelum itu ramai yang meneka nama si Comel Pipi Merah. Tidak kurang juga lagu untuk si comel ini telah menjadi siulan. Sekejap sahaja sudah menjadi viral.

Best kan? Mesti anda semua terngiang-ngiang ting ting tang ting. Jangan mengigau dengan lagu tersebut pula. Majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik bersempena menyambut hari ke tujuh kelahiran si Comel Pipi Merah telah berlangsung dengan meriah sekali. Akhirnya wajah yang ditunggu ramai sudah muncul. Teruja semuanya kan?

View this post on Instagram

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Assalammualaikum Siti Aafiyah binti Khalid.

Ini maksud Siti Aafiyah :

Kami percaya Aafiyah akan menjadi kesayangan satu Malaysia. Seperti kata-kata lucu dari peminat Dato’Siti, bayangkan buka mata sahaja, mak nama Siti Nurhaliza. Wahai Siti Aafiyah, semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi kebangga ibu bapa serta keluarga. In Sha Allah.

Sumber Instagram CTDK

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.