Satu Juta Tonton Video Tangisan Anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Setelah pulang dari hospital, Dato’Sri Siti Nurhaliza kerap berkongsi apa yang dilakukannya terutama dalam berpantang. Sebenarnya ramai yang teruja untuk melihat perjalanan Dato’ Siti sebagai seorang ibu. Almaklumlah, selama 11 tahun menunggu comel pipi merah. Pasti comel pipi merah menjadi kesayangan satu Malaysia.

Walaupun gambar comel pipi merah tersebar, namun ia tidak menjejaskan apa-apa malah Dato’ Siti mahupun Dato’ Khalid redha dengan perkara tersebut. Seperti yang dijanjikan, Dato’ Siti akan berkongsi wajah dan nama si comel itu. Jadi, sila bersabar.

Bak kata Siti, berlatih vocal ya. Mana tahu nanti jadi penyanyi macam ibu. Setakat ini video tersebut telah lebih satu juta yang menonton. Itu baru tangisan belum yang lain!

Selamat berpantang buat Dato’ Siti. Kami mendoakan agar semuanya baik-baik dan tidak sabar melihat si comel itu.

Sumber Instagram CTDK

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.