‘Nurul Sayang Akak Dunia Akhirat’- Dato’ Nurulhidayah

Hidup berpoligami bukannya mudah. Jika tidak kuat mental dan emosi pasti akan tersasar. Tidak kira suami mahupun isteri, sentiasa bekerjasama antara satu sama lain memudahkan hubungan kekeluargaan. Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.

Ada yang tidak boleh menerima ada yang boleh. Sekadar menyebut beberapa nama, Zarina Zainuddin, Adira, Salih Yaacob, Ashraf Muslim, keluarga mereka bahagia dan tidak menjadikan poligami itu suatu yang membebankan.

Perkongsian Dato’ Nurulhidayah mengenai kehidupan bermadu sangat luar biasa. Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ini berkahwin dengan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff pada tahun lalu. Umum mengetahui isteri kepada Datuk Saiful, Datin Bahazanariah Baharudin atau mesra disapa Kak Nana oleh Nurul, sangat mesra dengan Nurul.

Kemesraan mereka menimbulkan rasa curiga antara pengikut Instagram mereka. Nurul kerap berkongsi gambar bersama Kak Nana dan suami. Malah ramai yang terharu gembira melihat kemesraan mereka. Penerimaan Kak Nana dan Nurul dalam hidup bermadu patut dicontohi oleh semua.

View this post on Instagram

Terima kasih atas kata2 akak 😭Semoga kita terus dilindungi dan dibimbing Allah. Semoga Allah mengizinkan kita menemani suami kita nanti disyurga. Aamiinn Yaa Rabb.. Terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar akak selama hampir setahun kita bermadu. Nurul sayang akak dunia dan akhirat. Lillahitaala 💕 Repost from @ciknana911 using @RepostRegramApp – Bismillahirrahmannirrohim … 😁😁😁 Sudah lama saya pendam untuk luahkan rasa hati dan berkongsi sedikit tentang perhubungan kami. Saya tidak menganggap Nurul sebagai madu tetapi lebih kepada seorang adik yang sentiasa mencetuskan gelak dan ketawa bila kami bersama. Saya tak pernah ada adik perempuan dan saya anak sulung dari 5 adik beradik yang semuanya lelaki. Nurul, membawa dirinya sebagai adik dengan berhemah. Kami menjadikan hubungan bermadu ini sebagai satu ibadah yang menyeronokkan agar suami kami tenang menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan abah kepada anak anak kami. Untuk orang luar sana , jangan jadikan saya manusia yang terpaksa jadi jahat. Itu bukan saya. Itu bukan Bahazanariah binti Baharudin. Terpulang kepada orang untuk menganggap ini satu hubungan yang berpura-pura. Alhamdulillah kami bahagia. Semoga kami terus kuat dalam menghadapi segalanya demi suami dan anak-anak kami. Saya sayang Nurul @nurulzahid dunia dan akhirat … Saya sayang suami saya dan anak anak kami semua termasuk Juna , Sofeea , Louie & Aliff … Ampun & maaf saya pinta jika ada kata kata saya yg menyinggung perasaan anda semua … 😍😍😍😍😍😍😍💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Kak Nana telah memberi penjelasan kepada semua tentang hubungan baik dengan Nurul. Seperti kata Kak Nana, jangan jadikan dirinya manusia yang terpaksa jadi jahat. Mereka bahagia dan dia juga sayangkan keluarganya. Semoga penjelasan ini boleh kita jadikan satucontoh untuk meneruskan kehidupan.

Sumber Instagram Nurul Zahid

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.