Intan Dicerai, Ude Kini Milik Tunggal Izreen Azminda

Tiada apa yang mampu menyelamatkan rumahtangga pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh sejak Ude berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Izreen Azminda.

Malah, kehadiran dua cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1, yang dimiliki hasil perkongsian hidup sejak 1 Mac 2013 lalu juga tidak mampu membantu meleraikan kemelut rumahtangga yang mereka hadapi itu.

Segalanya berakhir apabila Ude melafazkan talak satu terhadap Intan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

 

Pasangan ini sah bercerai talak satu pada 9.50 pagi selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya pada Januari lalu.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Intan Liana, 33, berkata, dia tidak menyimpan dendam terhadap Ude. Sebaliknya, dia reda dengan apa yang berlaku.

“Saya dan keluarga menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Intan bagaimanapun memberitahu bahawa, dia akan memfailkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap kedua-dua anaknya itu bersama tuntutan lain selepas ini.

Sebelum itu, Intan yang mengenakan jubah hitam kelihatan sebak dan menitiskan air mata sewaktu bersalaman dengan Ude.

Ude pula dilaporkan pernah memfailkan permohonan cerai pada November tahun lalu iaitu pada bulan yang sama Izreen Azminda mendedahkan  bahawa dia sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Hasil perkahwinan terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun.

 

 

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.