Lawak Ke Der 2018 Kembali!

Lawak Ke Der terbitan Tall Order Sdn Bhd, jenama yang bertapak sejak tahun 2012 dianggap satu jenama besar. Ini kerana menampilkan persembahan yang berbeza iaitu komedi. Kali ini Lawak Ke Der kembali dan akan di pentaskan di Istana Budaya bermula 29 sehingga 31 Mac 2018.

Lawak Ke Der 2018 menampilkan Dato’ Hans Isaac sebagai pengarah. Kali ini nama-nama besar industri seni Malaysia bergabung dengan Singapura. Sherry Al-Hadad bakal mengacarakan Lawak Ke Der 2018 bersama Shuk. Pasti anda yang menonton tidak kering gusi dengan telatah mereka nanti.

Seterusnya siapa lagi kalau bukan Dato’ Afdlin Shauki turut beraksi. Afdlin bersama Lawak Ke Der sejak 2012 lagi. Satu-satunya pelawak dari Singapura yang terkenal di Malaysia, Gurmit Singh. Gurmit merupakan pelawak pertama dari luar negara yang dijemput menyertai Lawak Ke Der. Selain dari itu Kumpulan Shiro turut memeriahkan lagi Lawak Ke Der 2018.

Kelainan Lawak Ke Der 2018 ialah menampilkan Dato’Zainal Abidin. Pelik kan kerana Zainal bukan pelawak sebaliknya penyanyi. Itu kelainan yang ditampilkan. Zainal akan memberikan persembahan secara muzikal komedi. Kita nantikan ya.

Bagi anda yang mahu menonton Lawak Ke Der 2018, boleh buat pembelian tiket dengan segera di https://airasiaredtix.com. Harga tiket bermula dari RM58 sehingga RM208. Jangan ketinggalan!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.