Awi Rafael Dan Atikah Suhaimi Bakal Berkahwin Tahun 2019

Kedua pasangan ini tidak pernah berkongsi cerita mengenai percintaan mereka. Tiba-tiba sahaja, sudah bertunang. Sabtu lalu, pelakon Atikah Suhaimie telah bertunang dengan penyanyi Awi Rafael. Majlis pertunangan yang berlangsung di Royal Palm, Singapura itu meriah walaupun simple sahaja.

Atikah manis menggayakan busana berwarna biru rekaan Dato’ Nadia Marni dan busana berwarna pastel rekaan Suraya Taib telah berkongsi berita gembira di laman sosialnya. Pandai Awi simpan rahsia. Tahu-tahu sudah bertunang. Menerusi Astro Gempak, kedua mereka akan berkahwin pada 15 Mac 2019. Majlis resepsi akan berlangsung di Singapura dan Malaysia.

Tidak sabar untuk melihat keduanya naik pelamin. Tahniah dari kami!

Sumber Instagram Awi & Atikah

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply