Selepas  Dilwale, Alif Aziz Nyanyi Lagu Tema Drama Melankolia

Pernah membawakan lagu tema filem Bollywood, Dilwale dalam versi Melayu iaitu Warna Cinta bersama Kilafairy sehingga mendapat pujian daripada aktor Dato Shah Rukh Khan, kini Alif Aziz muncul pula dengan lagu team drama Melankolia iaitu Amarah Cinta.

Digubah Omar K dan Ezra Kong dan lirik hasil pena Zel Hadauan, Amarah Cinta dihasilkan berdasarkan  sinopsis drama Melankolia, iaitu kolaborasi bersama di antara antara LMA Talent House Sdn Bhd, Orangetree Production Sdn Bhd serta Sony Music Entertainment Malaysia,

Pemilihan Aliff Aziz sebagai penyanyi lagu tema ini dibuat kerana dia juga turut menerajui drama tersebut bersama Nonny Nadirah, selain dibantu barisan pelakon seperti Daro Seri Eizlan Yusof, Datin Fadilah Mansor, Liza Abdullah, Amir Nafis, Daaim Jailani, Doria Rachel Jolly dan Neera Azizi.

Drama yang diarahkan Shuhaimi Zulkefli ini juga adalah terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dan sedang ditayangkan di slot Samarinda sejak 13 Februari lalu.

Berbalik kepada single Amarah Cinta ini, selepas tiga minggu ia ditayangkan di saluran Youtube, lagu ini sudah pun meraih tontonan sebanyak 244,000 ribu orang serta mendapat maklum balas yang positif daripada netizen.

Amarah Cinta juga sudah mula dimainkan di radio serta sudah mendapat tempat di carta-carta radio pilihan. Malah, ia juga boleh dimuat-turun menerusi Beberapa platform muzik stream dan portal muzik.

Trivia 

Alif Aziz mula dikenali dengan lagu ‘Sayang-Sayang’ pada tahun 2007 dan pernah popular dengan lagu Ku Sendiri,Kalau Cinta, Harus Ku Teruskan, Keajaiban Cinta serta Jangan Ganggu Pacarku.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.