Kenapa Syamsul Yusof Pilih Duet Dengan Black dan Bukan Mawi?

 

Ramai yang berbicara tentang kehebatan filem terbaru terbitan Skop Production arahanSyafiq Yusof, KL Special Force. Garapan yang dianggap setanding filem hollywood ini telah mencatat jualan pecah panggung sebanyak RM6.3 juta dalam masa 7 hari tayangan.

Terbaharu, kutipan KL Special force sudah pun mececah RM9 juta dalam tempoh 10 hari tayangan. Ia suatu rekod pencapaian yang cukup luar biasa.

Sebagaimana filem-filem terbitan Skop Productions yang terdahulu, KL Special Force turut dilengkapi dengan runut bunyi sebagai salah satu komponen pemasaran.

Kali ini, ia menyaksikan gandingan  pelakon antagonis filem KL Special Force, Syamsul Yusof  dengan penyanyi bersuara tinggi, Black Hanifah menerusi lagu ‘Selamat Tinggal Masa’ yang telah pun dilancarkan di pasaran platform muzik bermula 8 Mac 2018.

Barangkali ada yang tertanya-tanya mengapa kali ini Syamsul lebih banyak bekerjasama Black Hanafiah dan bukannya Mawi seperti sebelumnya.

Idea untuk kolaborasi antara Syamsul dan Black sebenarnya telah dirancang sejak awal tahun 2017 dan telah terlaksana melalui Selamat Tinggal Masa.

Lagu ciptaan sendiri Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupunya Dr. Anwar Fazal yang turut menulis bagi lagu-lagu hits Kalah Dalam Menang, Senorita dan Bukan Propaganda.

Sudah mulai trending di laman YouTube sejak  beberapa hari lalu, kekuatan lagu ini yang sarat dengan mesej positif menjadi antara faktor ia diterima ramai. Pelayar turut memberikan komen positif tentang lagu dan kolaborasi baru ini.

Selamat Tinggal Masa terbitan & edaran Monkey Bone ini sudah boleh dilayari di YouTubedengan jumlah tontonan mencecah 500,000. Juga terdapat di dalam beberapa platform digital.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.