Tun M Buka Akaun Instagram

Seronok pengguna laman Instagram apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuka akaun rasmi di Instagram. Keterujaan rakyat Malaysia terserlah lebih-lebih lagi gambar pertama yang dikongsikan oleh Tun tersangatlah comel.

Kapsyen yang bersahaja, gambar bersama isteri tercinta menimbulkan rasa gembira dari kalangan pengikut Tun. Walaupun hanya satu gambar, tetapi pengikut Tun setakat artikel ini ditulis telah mencecah 47 ribu pengikut. Dan komen pula sudah 3000 lebih. Malah belum sampai 24 jam akaun @chedetofficial dibuka, lencana pengesahan biru (verified blue badge) sudah pun diterima daripada Instagram. Hebat betul penangan Tun!

Jadi, Tun kena selalu kemas kini Instagram dengan posting yang menarik. Pasti semua menunggu posting kedua Tun! Kami doakan semoga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah sentiasa dirahmati oleh Allah SWT dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Screenshot_20180315-231057Screenshot_20180315-231111Screenshot_20180315-231122Screenshot_20180315-231132Screenshot_20180315-231139Screenshot_20180315-231202Screenshot_20180315-231210Screenshot_20180315-231217

Sumber Instagram CheDetOfficial

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.