Bruce Lee Inspirasi Altimet Dalam Album Barunya, Air

“Be Like Water”…, itulah kata-kata keramat yang pernah diucapkan oleh lagenda pengamal seni mempertahankan diri, Bruce Lee ketika hayatnya masih hidup.

Kata-kata keramat Bruce Lee inilah yang sering menjadi inspirasi buat Altimet untuk menghasilkan album terbarunya yang berjudul Air.

“Be Like Water bermaksud sifat air yang mana apabila ia mengalir ia akan mengikut sebarang bentuk bekas dan inilah yang mendorong saya  untuk membuat eksperimen dengan menyesuaikan lirik saya ke dalam muzik yang dicipta penggubah lagu-lagu di dalam album ini.

“Cabaran ini telah menunjukkan versatiliti yang ada pada saya dan saya harap peminat akan  dapat menerima kelainan yang cuba saya  tonjolkan di dalam album ini,” katanya.

Altimet, 39,  baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu-32 menerusi lagunya ‘Amboi’ sebagai sahaja menggegarkan pentas  malam kemucak anugerah tersebut dengan lagu yang berunsur rap etnik itu.

Air yang merupakan album solo keempat Altimet adalah hasil kolaborasi beliau dengan beberapa penggubah lagu tersohor dan  penggubah baru seperti Omar K, Navigator, Emir Hermono, Kidd Santhe, dan Music Kitchen.

Hasil kolaborasi Altimet bersama mereka ini telah berjaya mencetuskan suntikan baru dan nafas segar di dalam album ini tetapi pada waktu yang sama ia masih mengekalkan signature dan gaya tersendiri Altimet sebagai rapper yang cuba kritis dalam mengutarakan pelbagai isu terutama sosial kehidupan.

Album edaran Warner Music Malaysia ini memuatkan  enam buah lagu yang turut dipersembahkan bersama Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Baraka Blue, Kidd Santhe,Ashtin dan Aina Abdul.

Ia boleh didapati secara pra-tempahan di iTunes sejak  9 Mac 2018 dan akan berada di semua platform digital mulai 30 Mac 2018. Peminat juga akan dapat memperolehi album fizikal ‘Air’ yang direka eksklusif oleh Kongsi Design akan berada di pasaran di seluruh negara mulai 1 April 2018. Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my.

MENGENAI ALTIMET

Altimet merupakan rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah yangmelalui lagu-lagu dan liriknya sejak tahun 2000 menerusi 3 album solo yang berjudul First Among Equals, Kotarayaku, dan Amboi. Beliau juga telah mempunyai tiga belas lagu carta nombor satu.

Lagunya yang berjudul “Kalau Aku Kaya” merupakan lagu Hip-Hop pertama di Malaysia yangpernah menjadi tiga teratas di Anugerah Juara Lagu dan telah meraih lebih daripada sejuta muatturun digital.

Duta 1Malaysia dan Ikon Belia Kebangsaan ini juga telah diiktiraf sebagai “salah seorang individu yang membentuk Malaysia” oleh majalah August Man dan beliau telah menjelajah ke meratadunia, dari Singapura ke Amerika Syarikat, United Kingdom hingga ke Kazakhstan bagi mempromosikan hasil karya beliau.

Suara Altimet juga pernah digunakan pada aplikasi Waze, iaitu aplikasi trafik yang berasaskan komuniti terbesar di dunia, di mana beliau merupakan rapper Malaysia pertama, yang dipilih untuk menjadi suara moderator aplikasi di seluruh dunia menerusi dua versi iaiti  dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.

 

 

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply