‘It’s Hard To Be A Public Figure’- Ziana Zain

Sabtu lalu telah berlangsungnya Mood Republik Awards Gala Night 2018 di JWW Marriot, Hotel. Malam tersebut adalah majlis menghargai usahawan-usahawan elit dan berjaya terutama bumiputera Malaysia. Ramai selebriti yang hadir antaranya Fazura, Fattah, Dato’Seri Vida, Nursajat, Fatiya Latiff dan ramai lagi. Dalam pada itu Anuar Zain, Ruffedge, Ernie, Syamel turut membuat persembahan. Dan persembahan dari Ziana Zain paling dinantikan.

Kami pasti ramai yang menanti komen ataupun kemunculan Ziana Zain. Sejak kes penangkapan suaminya itu, banyak komen yang diberi oleh netizen. Walau apa sahaja komen anda, pasti Ziana ada sebab tersendiri. Kami percaya ia bukan sengaja dilaporkan. Kita tunggu sahaja apa berita seterusnya sekiranya ada dari pihak Ziana. Jika tidak, anggap sahaja bukan untuk dilaporkan kepada semua pihak.

Semasa Ziana membuat persembahan, dia tidak dapat menahan kesedihan. Lagi pula lagu yang dibawakan itu seolah-olah kena dengan keadaan dirinya.

 

“It’s hard to be a public figure. We have to focus with our career, at the same times a lot of thing going on but have to move on”, tutur Ziana. Itulah yang harga perlu dibayar oleh seorang yang dikenali. Kami mengharapkan semoga Ziana tabah dan kuat.

 

 

Kredit Video Arief Dollah & Barang Baik Mall FB

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply