Azreen Menghidap Kanser Serviks Tahap 4

Anda masih ingat dengan penyanyi Azreen? Cuba lihat video di bawah.

Belum ingat lagi? Azreen pernah mencatat sejarah apabila artis Malaysia paling muda berkahwin dengan kerabat diraja. Azreen telah berkahwin dengan adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Sri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ketika berusia 16 tahun. Namun jodoh mereka tidak panjang. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak yang masing-masing berusia 24 tahun dan 21 tahun.

Setelah lama berhenti daripada dunia hiburan, Azreen muncul kembali. Namun berita ini amat mengejutkan kerana Azreen kini terlantar sakit. Menerusi Mstar Online, Azreen menghidap kanser serviks tahap empat. Selain dari itu Azreen berhadapan masalah komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat.

Setelah berita ini tersebar, ramai rakan artis telah melawat Azreen. Antaranya Umie Aida, Erra Fazira, Betty Benafe, Zarina Zainuddin, Nourul Depp, Azian Mazwan dan lain-lain.

Suatu waktu dahulu di zaman kanak2.. saya berkenalan dengan si cantik manis, Azreen .. kerana ibu kami berkawan baik ketika itu.. . Saya menyayangi Erin seperti adik saya sendiri.. baik bersama, nakal bersama.. kena pukul pun bersama.. kemudian salah seorang berpindah dan kami terpisah membawa haluan masing2.. dan sejak itu tidak pernah berhubung dan tidak lagi akrab seperti dahulu.. hanya mendengar khabar berita dari media atau rakan taulan.. terkini.. adik ku di uji dengan dugaan dari Allah.. luluh jantung mendengar perkhabaran itu.. Disaat kaki melangkah untuk berjumpa dengan dia.. sedih dan sebak segalanya ada.. ingin saya dakap kuat2 adik yg sangat saya rindui ini.. tapi.. dlm masa yg sama, saya perlu kuat kerana saya ingin adik saya ini bersemangat utk bangkit dan lawan penyakitnya.. . Disaat pertama kali menatap wajah si cantik manis ini.. saya jadi terpana.. terdiam seribu satu bahasa.. Subhanallah, meskipun adikku sakit, masih ayu dan manis orangnya.. tenang dan bersahaja dia melayan orang yg menziarahinya.. itulah Azreen yg saya kenal.. hatinya kental dan semangatnya hebat..!! . Semoga Allah memberi kesembuhan buat mu adikku.. bekalkan dikau dengan kekuatan dan semangat utk melawan penyakit mu.. di tingkatkan iman dan darjat disisi Allah.. sesungguhnya Allah menyayangimu.. . . Adikku Erin, please get well soon.. akak rindu moment manis kita dan akak sangat sayang kat awak.. stay positive n be strong. Kita sama2 berdoa agar Allah beri kesembuhan buat awak ya .. Luv you💋❤

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

#throwback beberapa hari lalu sebelum pergi Shooting saya singgah jumpa adik saya ni #azreenmanan lama sungguh tak jumpa terpanggil bila tahu reen sedang sakit dan teringin nak makan pulut kuning rendang ayam.. Akak bawak reen jamah sikit teringin katanya.. Akak doakan reen cepat sihat kuat semangat dan boleh menyanyi balik buat single album reen kata dia nak berlakun balik nanti bila dah sihat akak cakap akak nak berlakun jadi mak atau kakak reen nanti.. Tolong sama2 doakan adik saya ni azrena abdul manan semuga dia cepat sihat, tak ada yang mustahil dalam hidup ini semua kuasa Allah, Ya Allah permudahkan urusan adikku, sembuhkan dia dari kesakitan pulihkan semangatnya.. semuga hari harinya lebih mudah lebih indah dari semalam 💕😘🙋#loveutilljannah

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Kehadiran sahabat lama, memberikan semangat kepada Azreen. Azreen sangat kuat, tabah. Semoga sentiasa istiqamah dan sentiasa berfikiran positif. Buat semua pembaca, doakanlah juga kesejahteraan Azreen. Dalam pada itu Azreen mahu berjumpa dengan penyanyi Aishah dan Ruhil Amani. Semoga ada masa terluang untuk melawat Azreen.

Sumber Mstar Online.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply