Suami Ziana Zain Ditahan Atas Tuduhan Mencederakan Anak

Berita hiburan digemarkan dengan penangkapan suami kepada Ziana Zain, Armin Zaharin pada 2 Mac setelah Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari 2018. Sinar Online melaporkan Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas salah seorang anaknya di Denai Alam, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Namun begitu Armin tidak mengaku salah sebaliknya memberitahu mahkamah perbuatannya itu kerana mengajar anak solat dan mengaji tetapi anaknya itu tidak faham. Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, Armin berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan. Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes.

Menerusi mStar Online, Ziana Zain meminta dia dan keluarga diberi ruang. Memandangkan ia adalah kes mahkamah maka, dia tidak boleh memberi komen lanjut. Tetapi Ziana meminta doa yang baik-baik.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar,14, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

Sumber mStar Online & Sinar Online
Foto kredit Instagram Ziana Zain

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Suami Ziana Zain Ditahan Atas Tuduhan Mencederakan Anak”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.