Pelik peminat zaman sekarang. Terlampau taksub sehingga mengeluarkan kata-kata yang agak tidak diterima akal. Bila lihat profile masing-masing ada yang masih bawah umur. Itu tidak kira dengan panggilan mak cik dan pak cik bawang.
Kalau nak memberi komen pun silalah beradab. Ingat orang sekeliling. Kalau ahli keluarga anda yang dikomen sebegitu rupa, bagaimana agaknya perasaan anda. Sharifah Shahirah yang terkenal dengan karakter yang ceria ini telah berkongsi gambar perkahwinannya yang lalu. Ramai yang memberi komen malah ketawa melihat gambar-gambar tersebut. Yelah, mana nak dapat memori-memori dulu kalau tidak disimpan.
https://www.instagram.com/p/BfuuoG9Bln-/?hl=en&taken- by=shieraijoy
Namun dalam pada seronok berkongsi gambar dulu-dulu, ada pula yang tidak sedap
mata memandang.
Amboi komen. Ini budak-budak baru nak up atau mak cik pakcik bawang? Kemain lagi ya. Kalau tidak suka tidak perlu ikut seseorang artis itu. Tidak ada pelik atau masalah kalau Shiera mahupun sesiapa sahaja berkongsi kisah mereka yang dulu. Itu namanya untuk mendekatkan diri dengan peminat. Tak begitu Shiera? Sabarlah ya Shiera!
Sumber Instagram Shiera