22 Mac Sebutan Kes Penceraian Ude – Intan

Perpisahan jalan penyelesaian. Itulah yang dihadapi oleh pemuzik bebas, Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude yang juga merupakan suami kepada pelakon Izreen Azminda. Kemelut rumah tangga antara Ude dan isteri pertama, Intan Liana, asalnya dilihat seperti tiada masalah. Namun hati antara mereka berdua, hanya Tuhan sahaja yang memahami.

Semalam, Ude dan Intan telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk prosiding sebutan kes permohonan cerai Ude terhadap Intan. Harian Metro melaporkan Ude yang diwakili peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Intan pada 30 November 2017. Mahkamah telah menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes.

Ude mengakui, dia sudah tiada hati untuk teruskan hidup bersama Intan. Baik Ude mahupun Intan, mereka tidak mampu untuk berbohong untuk teruskan hidup bersama. Bagi Intan pula, dia redha menerima apa jua keputusan. Walaupun dia masih sayangkan
Ude.

Ude dan Intan bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahayamata, Arish Muqri
berusia tiga tahun dan Ariq Muqri berusia setahun.

Sumber Harian Metro.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.