Suami Sridevi Disiasat Polis Dubai

Pihak Polis Dubai hari ini telah merakamkan kenyataan Boney Kapoor iaitu suami kepada median aktres Bollywood, Sridevi  yang telah pun dilaporkan meninggal dunia di dalam tub mandi akibat berada dalam keadaan tidak sedar diri, sebelum ini.

Dalam laporan tersebut juga, Boney Kapoor dikatakan telah menjumpai Sridevi dalam keadaan tidak sedar diri di dalam tub mandi yang dipenuhi air. Dia kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Menurut Gulf News, polis Dubai memanggil Boney Kapoor di polis stesen Bur Dubai untuk menjalani siasatan lanjut akibat kematian Sridevi dan selepas kenyataannya dirakamkan, dia telah dibenarkan pulang ke bilik hotelnya.

Polis turut menyoal keluarga Mohit Marwah (Mohit Marwah adalah anak saudara Sridevi). Selain itu, kakitangan hotel turut disoal siasat berhubungn insiden tersebut.

Malah, Boney Kapoor juga telah diminta untuk tidak meninggalkan Dubai sehinggalah dia memperolehi permit tersebut daripada pihak polis.

Dalam pada itu, pihak polis turut menyelidik segala panggilan keluar masuk menerusi telefon bimbit Sridevi.

Rekod medikal Sridevi  daripada India turut diselidik. Pejabat pendakwa ingin mengetahui apakah rawatan medikal yang diambil Sridevi sebelum ini termasuk pembedahan yang dilakukan sebelum ini, jika ada untuk mengetahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan kematiannya atau tidak.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply