Rakan PAS Lancar Kempen Boikot Besar-Besaran Terhadap Neelofa

Tindakan aktres Neelofa melancarkan produk tudung baru dan pada waktu yang sama meraikan hari ulang tahun kelahirannya di kelab malam Zouk, semalam nampaknya bukan sahaja mendapat kecaman netizen tetapi ia turut mendapat perhatian pengikut parti PAS.

Menerusi fanpage Friends Of PAS di facebook, mereka telah bertindak untuk melancarkan kempen boikot Neelofa secara besar-besaran dengan memuastkan posting seperti berikut:

“Boikot besar-besaran terhadap Neelofa. Tahukah anda, semalam beliau telah melancarkan koleksi tudung beliau di kelab malam? Tahukah anda, semalam beliau telah melancarkan koleksi tudung beliau di kelab malam? Kemudian berjoget terkinja-kinja.Kelab malam penuh dengan hidangan arak?”.

Posting tersebut turut mempersoalkan kenapa Neelofa tidak memilih tempat yang lebih sesuai untuk melancarkan produk tudung barunya itu.

“Kenapa mesti melancarkan tudung di kelab malam? Sungguh keji perbuatan ini. Sedangkan banyak lagi tempat-tempat yang sesuai. Memakai tudung untuk menutup adalah syariat umat Islam.

“Tiada apa lagi yang boleh kita ajar, melainkan kita boikot beliau besar-besaran supaya perkara ini tidak diulang lagi”.

Posting yang dimuatnaik admin Friends Of PAS itu telah dikongsi sebangak 19,882 oleh netizen buat masa ini.  Malah, admin fanpage itu juga turut memuatnaik poster Neelofa dengan tanda pangkah merah dengan perkataan boikot di bawahnya.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.