Malique Ke Yang Altimet Perli Kaw Kaw Dalam Lagu Mambang?

Baru saja memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi Dalam Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24), rapper Altimet sudah bersiap sedia untuk muncul  lagu single baru berjudul Mambang buat fans yang mengemari muzik hip hop dan rappingnya.

Single baru tersebut  telah pun diluncurkan menerusi saluran Youtube Warner Music Malaysia – WarnerMusicMalaysia pada jam 12 tengahari tadi. Dalam tempoh kurang daripada separuh hari, lagu tersebut  sudah pun meraih tontonan sebanyak 12,000 ribu. Not bad!

Sepertimana lagu Amboi yang sarat  dengan lirik yang penuh sinikal, lirik Mambang juga lebih kurang begitu. Ayat jenis makan dalam dan sebijik-sebijik kena kat muka.

Cuma Amboi ditujukan buat segelintir orang yang malas kerja,  berlagak kaya, berlagak alim dan sibuk jadik keyboard warrior kritik orang. Dalam Mambang pula, ia nampaknya ditujukan kepada seorang individu dan orang yang dimaksudkan itu digelar sebagai mambang.

Tapi, siapakah si mambang yang Altimet maksudkan di dalam single barunya itu? Kalau melihat pada bait-bait liriknya, lagu ini seolah-olah ditujukan buat Malique.

Ia sangat jelas dalam verse pertama lagu tersebut. Aku seru kau masuk balik gua mambang/duduk diam jalan qiam dalam sarang .

Siapa lagi  yang selama ini bertapa duduk seorang diri dan tak mahu keluar berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan di dalam industri, kalau bukan Malique?

Verse kedua: Dulu aku budak baru kau lepas pandang/sekarang aku lagi hantu dari kau mambang. Waktu zaman kegemilangan Too Phat, Altimet masih lagi dikira baru di dalam industri.

Selepas korus:  9 tahun tiga album/bro aku boleh kira/dapat satu tiap tiga yang/pertamanya gila/lepas tu bolehlah/lepas tu boleh blah/apa kes ulang lagu/macam karaoke brah…

Well, siapa yang bikin 3 album dalam tempoh 9 tahun? Malique of course…

Satu lagi ayat yang menarik dalam salah satu verse lagu Mambang ini adalah: Aku tanya apa khabar pada kamu…

Seperti yang kita tahu Joe Flizzow penah menghasilkan lagu duet Apa Khabar dengan Sonaone. Lagu itu dikatakan lagu yang ditujukan Joe Flizzow buat Malique, namun Joe menafikannya.

Dalam Mambang, Altimet seolah-oleh sengaja menggunakan semula ayat ini.  Adakah untuk memberi hint bahawa lagu ini untuk Malique?

Well hanya, Altimet yang mampu menjawabnya!.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Malique Ke Yang Altimet Perli Kaw Kaw Dalam Lagu Mambang?”

Leave a Reply