Sridevi Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung

Dunia digemparkan dengan pemergian pelakon Bollywood terkenal Sridevi. Sridevi menghembuskan nafasnya disisi suami, Boney Kapoor dan anak Khushi dalam usia 54 tahun. Sridevi meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada Sabtu, 24 Februari 2018 antara jam 11 malam ke 11:30 malam di Dubai. Perkara itu disahkan oleh abang iparnya, Sanjay Kapoor.

Sridevi berada di Dubai untuk menghadiri perkahwinan anak saudaranya. Kematian Sridevi memang dianggap mengejut kerana hari-hari sebelum itu Sridevi kelihatan ceria. Gambar yang dikongsikan oleh mendiang di laman sosial miliknya itu memang sentiasa mendapat perhatian.

Sridevi seorang pelakon yang tiada gantinya. Sebelum Madhurit Dixit, Karisma Kapoor, Kajol, Aishwarya Rai, inilah pelakon wanita yang sentiasa disebut. Saat kegemilangan, Sridevi selalu dipasangkan dalam filem dengan Anil Kapoor. Selepas berkahwin, Sridevi meninggalkan dunia lakonan untuk menumpukan perhatian dalam menjaga anaknya. Selepas 15 tahun dia kembali ke layar perak menerusi filem English Vinglish. Kemudian pada tahun 2017, dengan filem Mom yang mana itu adalah filem terakhir Sridevi.

View this post on Instagram

❤️

A post shared by Sridevi Kapoor (@sridevi.kapoor) on

View this post on Instagram

Antara Marwah❤️❤️😘😘

A post shared by Sridevi Kapoor (@sridevi.kapoor) on

Rakan-rakan seperjuangan serta peminat teramat sedih dengan pemergian mengejut Sridevi.

This slideshow requires JavaScript.

Sumber The Indian Express.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.