Elfira, Sufian Redha

Selepas berita putus tunang, ramai yang menunggu kenyataan dari Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Pihak Melodi telah mendapat kenyataan keduanya dan telah pun disiarkan. Masing-masing redha dengan ketentuan ilahi. Tetapi siapa tidak sedih kan?

Melihat kepada kenyataan Sufian mahupun Elfira, mereka terima segalanya. Walaupun ada yang membuat pelbagai andaian, bagi Elfira, dia percaya akan keluarganya. Setiap ibu bapa mahukan kebaikan buat anaknya. Naluri seorang ibu itu kita tidak boleh menidakkan. Sedangkan Elfira sendiri turut merasai sesuatu tidak selesa.

Sufian pula, menghormati kedua-dua belah pihak. Malah tidak menyalah mana-mana pihak sebaliknya sentiasa berfikiran positif. Walaupun pada saat akhir dia cuba untuk mempertahankan, tetapi jika sudah bukan jodoh, kita pertahankan bagaimana sekalipun, pasti akan terlerai.

View this post on Instagram

A broken heart creates a masterpiece.

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Semoga kedua-duanya tidak bermusuh sebaliknya berkawanlah walaupun anda pernah
mempunyai pengalaman manis dan pahit.

Sumber Instagram Melodi & Sufian.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.