Dato’Aliff Syukri Kena Kecam Lagi

Selepas keluar dengan lagu Abang Nak Tegur, kini Dato’Aliff Syukri muncul pula dengan filem terbaru berjudul Badang The Movie. Filem arahan Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen ini telah pun berada di pawagam berhampiran. Anda sudah menonton? Apa pendapat anda? Buatlah ulasan sikit.

Selain dari Dato’Aliff, turut berlakon sama ialah Fasha Sandha, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Badang The Movie turut mendapat khidmat Yusry KRU dalam mencantikkan filem tersebut dengan penggunaan CGI. Yusry kan pakar bab-bab CGI.

Sebelum ini, Dato’Aliff dikecam kerana lagu Abang Nak Tegur, kali ini dia dikecam lagi kerana filem Badang pula. Aduhai, kesian Dato’. Tetapi biasalah Dato’ tidak semua boleh menerima. Namun kalau bakat itu memang sudah ada, tidak akan ke mana. Tak gitu?

View this post on Instagram

apa salah saya 1?? #badang

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

View this post on Instagram

apa salah saya 2? #badang

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sabarlah wahai Dato’. Mungkin Dato’ boleh cari lagi naskhah filem yang lagi bagus untuk masa akan datang. Ataupun Dato’ tumpukan sahaja kepada perniagaan Dato’. Namun tidak salah mencuba kan.

Psstt bagi yang sudah menonton Badang The Movie berapa bintang anda bagi?

Sumber Instagram Dato’Aliff & Badang Official

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.