Alangkah bahagianya hidup apabila dikelilingi anak-anak lebih-lebih lagi kalau kembar. Begitulah keluarga bahagia Datin Eina Azman yang mempunyai anak kembar berusia dua tahun, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Pasangan kembar ini baru sahaja menyambut hari lahir pada 19 Februari 2018. Paling kami teruja apabila melihat hadiah yang diperolehi oleh Aubrey dan Karl.
Haaaa..Nampak apa mereka dapat bersempena hari lahir yang ke dua? Jam tangan Rolex! Mewah betul! Kecil-kecil sudah dapat jam Rolex. Kami yang sudah dewasa ini pun belum dapat merasa lagi.
Selamat hari lahir buat Aubrey dan Karl. Semoga menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa.
Sumber Instagram Eina & Aubrey Karl