Tiada Lagi ‘Ali Setan’…

Aura pelakon ini memang sentiasa tidak dinafikan kehebatannya. Siapa tidak tahu akan filem Ali Setan yang menjulang nama pelakon ini. Ya, Tuan Haji Mohd Azmil Mustapha atau Azmil Mustapha telah pergi meninggalkan kita.

Allahyarham telah menghembuskan nafas dirumahnya di Seksyen 9, Shah Alam pada jam 12:40 tengahari, Rabu akibat sakit jantung. Pada usia 65 tahun Allahyarham meninggalkan lima orang anak, Nur Syamira, Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 petang semalam. Menurut adik Allahyarham, Muhammad Aziph, Allahyarham pernah menjalani rawatan pintasan jantung pada tahun 2016 dan tahun lalu, dua kali diserang sakit jantung.

Walaupun Allahyarham meninggalkan dunia glamour, namun namanya tidak pernah dilupakan. Malah sentiasa dikenang. Memilih untuk menjadi penceramah bebas, Azmil sentiasa dijemput untuk memberi ceramah. Malah dalam masa terdekat ini dia turut menerima jemputan walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Namun apakan daya, Tuhan lebih menyayangi.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Azmil Mustapha. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang maha Esa dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Sumber Berita Harian, Kosmo & Kredit Photo Facebook Syamira Azmil

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.