Erra Fazira Dan Bella Terima Kejutan Hari Lahir

Umum mengetahui hubungan baik antara Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella. Ini semua gara-gara Engku Aleeysa anak kepada Erra dan Engku Emran. Ramai yang gembira melihat keakraban antara mereka semua.

Team Jambu Batu ada terbaca satu komen apabila peminat terharu melihat bagaimana Erra menerima Bella sebagai ibu tiri Aleeysa. Malah Emran turut memperkenalkan Bella kepada Erra seawal perhubungan mereka.

Paling istimewa lagi, kedua-dua pelakon ini menyambut hari lahir di bulan yang sama iaitu Februari. Jika Erra pada 9 Februari, Bella pula 24 Februari. Baru-baru ini rakan rapat mereka telah mengadakan kejutan hari lahir untuk keduanya.

Sumber Instagram Erra & Bella

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply