Wany Hasrita Jadi Mangsa Buli Siber?

Kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke 32 masih dirasai. Masih ramai yang memperkatakannya tidak kira ada yang mengkritik dan bangga dengan pencapaian penyanyi kegemaran. Diingatkan, AJL adalah anugerah untuk komposer sesebuah lagu. Penyanyi hanya menyampaikan lagu tersebut. Jadi jangan silap kefahaman ya.

Umum mengetahui Jampi telah diangkat menjadi juara AJL 32. Tahniah buat semua pemenang, manakala yang tidak berjaya tidak bermakna anda gagal sebaliknya jadikan ia sebagai satu batu locatan untuk lebih berjaya.

Dalam pada kita meraikan lagu-lagu terbaik AJL 32, rasa lucu pula apabila ada yang kongsikan fesyen baju penyanyi AJL 32 terutama Wany Hasrita. Ada sahaja idea netizen ni ya.

1

2

Apa pendapat anda tentang baju Wany Hasrita? Macam-macam aje netizen ini ya. Jangan sampai Wany terasa hati sudah la.

Namun begitu, semalam Wany ada berkongsi sesuatu di IG Story.

screenshot_20180213-002917-1685959093.png

Tak pastilah dengan siapa dan pasal apa yang membuatkan Wany rasa seperti dibuli. Takkan sebab baju yang dijadikan bahan jenaka netizen? Ketika artikel ini ditulis, akaun Instagram Wany telah pun ditukar kepada mode privasi. Mungkin Wany memberi ruang kepada diri sendiri sehingga ribut pasca AJL32 ini kembali reda. Kami berharap Wany tak mudah ambil hati dan putus asa dengan kritikan orang. Semoga semuanya baik-baik aje.

Sumber Twitter & Instagram Wany Hasrita

Kredit foto Ridzuan Idrus

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.