AJL32: Dayang Nurfaizah Tersungkur Sebelum Membuat Persembahan

Peminat muzik tegar semestinya tidak menafikan kehebatan figura nan satu ini, Dayang Nurfaizah. Tiga kali merangkul Vokal Terbaik menjadikan Dayang seorang penyanyi senior yang digeruni. Namun AJL 32 nasib tidak menyebelahi Dayang.

Tetapi persembahan Dayang amat membanggakan. Dayang membawakan lagu Separuh Matiku Bercinta dengan penuh perasaan. Keistimewaan Dayang ialah tidak kira apa jua lagu sekali pun, walau pada kita biasa sahaja, tetapi Dayang akan buat lagu tersebut menjadi luar biasa.

Mungkin ada yang tidak tahu, sebelum membuat persembahan Dayang telah jatuh tersungkur. Mujurlah tiada apa-apa yang memudaratkan berlaku. Menurut satu sumber yang berada di tempat kejadian, semasa Dayang menaiki pentas, salah seorang daripada mereka yang mengiringinya naik ke pentas telah terpijak lubang yang menempatkan lampu pentas dan hilang imbangan lalu terjatuh menyebabkan kesemua yang mengiringi Dayang ketika itu turut terjatuh sama termasuklah Dayang.  Kecoh jugak la ketika itu di belakang pentas!

Alahai, kesian pula rasanya. Namun pasti anda tidak percaya, kerana Dayang membuat persembahan dengan baik sekali. Tak nampak macam baru jatuh pun. Dengar cerita lepas jatuh tu, Dayang sendiri tertawa kecil sampai hilang rasa gugup, betul ke Dayang? Yang pasti anak seni bernama Dayang Nurfaizah ini tetap professional, walaupun baru tersungkur jatuh kurang seminit sebelum memulakan persembahan, Dayang tetap fokus untuk memberikan persembahan yang terbaik. Bak kata mat salleh, show must go on!

Walaupun tidak berjaya membawa pulang apa-apa kemenangan. Persembahan Dayang  yang penuh penghayatan pada malam AJL 32 itu tetap mendapat pujian ramai. 

 

Photo kredit Instagram Dayang

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply