Jampi Tepati Ramalan

Seperti yang dijangka lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini diangkat menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke 32. Jampi menetapi ramalan memenangi AJL ke 32 dengan mengalahkan 11 lagu lain.

Acara berprestij TV3 ini yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, menyaksikan Ezra dan Hael membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi dan baucar CJ Wow yang bernilai RM10,000.

Manakala lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan mendapat tempat kedua. Lagu berjudul Sejati itu telah dinyanyikan oleh Azmi Saat, vokalis Caliph Busker. Mereka membawa pulang wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Lagu Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran nyanyian Haqiem Rusli pula mendapat tempat ketiga dengan  menerima wang tunai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan juga trofi.

Nampak gayanya Vokal Terbaik bertukar tangan kepada Ernie Zakri dan Syamel menerusi lagu Aku Cinta. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Persembahan yang bersahaja dari Altimet membolehkan dia merangkul Persembahan Terbaik dengan menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Anugerah gilang gemilang itu diadili oleh Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim, Aizat Amdan dan Azmeer sebagai ketua juri. Alif Satar dan Sherry Alhadad bertindak sebagai pengacara.

Tahniah buat semua pemenang!

Persembahan @haelhusaini turut diiringi @sissyimann #AJL32 #KoolFMLiveUpdate

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Tahniah @haelhusaini , Juara AJL 32 #AJL32 #KoolFMLiveUpdate

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Kredit foto: Kaki Foto & Ridzuan Idrus

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply