Norman Hakim Menangis Anak Sulung Ke Turki

Siapa tidak gembira apabila anak sendiri dapat melanjutkan pelajaran dengan lebih tinggi. Sejuk perut ibu mengandung, tenang hati bapa. Anak sulung kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim, dapat melanjutkan pengajian dalam bidang hafazan di Turki.

View this post on Instagram

Alhamdulillah abg @danishhakim_243 terpilih antara 10 pelajar utk sambung pengajian kat Turki utk settlekan hafazan dia lagi 7 juzuk berdasarkan prestasi semasa . . Perasaan saya bercampur-campur sebenarnya.SYUKUR,GEMBIRA,SEDIH,HIBA semua cukup.Ni anak pertama saya,darah daging saya merangkap kawan baik saya dunia akhirat yg boleh saya bawak berbual share mcm2.Saya tanya Danish,dia suka tak terpilih?Dia cakap inilah doa dia siang & malam utk sambung pengajian kat sana . . Dulu pernah rasa mcm ni masa mula2 dia nak masuk asrama,skrg ni dia nak pergi jauh kat perantauan orang pulak tu😭.Saya cubalah cari kekuatan dgn izinNya,dlm masa sama kalau ada kawan2 kat sini yg pernah ada pengalaman mcm ni,mohon bagi saya kata2 semangat & motivasi ye.Saya amat memerlukan😔 #hatiseorangayah #sedihsangatrasatapitakpedemiperjuangananakdanislam #rayanantitaktahulamacamana 😭😭😭 @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Terkini, Danish bersama sepuluh pelajar yang lain serta keluarga telah pun berada di Turki. Danish dihantar oleh Abby Abadi, dua adik perempuannya serta bapa tirinya. Namun Norman dan keluarga tidak mengikuti.

Apa yang menarik perhatian team Jambu Batu, kasih sayang keluarga ini tidak ada beza. Mereka keluarga besar. Norman dilihat seorang yang begitu lembut jiwanya. Video yang
diambil oleh Abby sebelum mereka berangkat mengundang sebak di dada oleh peminat
di Instagram.

View this post on Instagram

Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama utk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar utk luahkan rasa & air mata . . Tapi hari ni dlm sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yg longlai kat bahu dia.Ber'tan' air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni.Hari jadi hening.Cuaca terik pun jadi bening . . Baru saya sedar dia lagi 'kuat' dari saya.Anak ini dah bersedia utk 'menakluk akhirat' di dunia yg sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa . . Ampun maaf abg,rupanya papa tak 'sekuat' yg disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni . . Selamat berjuang anakku sayang Mohamed @danishhakim_243 .Doa papa hak abg utk menakluk akhirat didunia,sementara menunggu doa abg utk hak papa pula antara 3 perkara utk 'bantu' papa dibarzakh yg wallahualam tak tahu bila,tapi pasti akan tiba . . Selamat mengiringi 'jihad' Mohamed @danishhakim_243 ke Turki abah @jaiezzany ,mama @abby_abadi112 ,adik @marissadania_ & baby @mariadanishahakim_2008 .Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yg bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️ . . @Regrann from @abby_abadi112 – Papa Danish ❤️ Ingat Abang selalu dalam doa Papa ye.. . ikhlas, Mama 😇

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Coretan Norman terhadap Danish memang membuat semua sedih,sayu, sebak dan sebagainya. Kasih seorang ayah. Sabarlah Norman. Danish pergi meneruskan perjuangannya. Kepulangannya nanti akan diraikan dengan penuh meriah.

Jom tengok gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh Abby di Turki.

Sumber Instagram Abby dan Norman

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.