Erma Fatima Dan Umie Aida Terima Adik Ipar

Umum mengetahui Betty Rahmad adalah adik kepada dua nama besar dalam industri hiburan Malaysia iaitu Erma Fatima dan Umie Aida. Pada Ahad lalu telah berlangsungnya perkahwinan pasangan ini. Betty sah menjadi isteri kepada Adry Darmis dengan sekali lafaz.

Apa yang mengharukan, selepas akad nikah, ketika Ardy menunggu Betty di pelamin, airmata jejaka ini tumpah juga. Bertambah terharu dan sebak apabila suara merdu Johan As’ari mengalunkan khalimah ayat suci Al-Quran. Betty pula dilihat menahan airmata. Bagi anda yang tidak tahu, hantaran pasangan ini unik. Umie Aida telah berkongsi ketika mereka bertunang.

Rata-rata peminat menerima baik idea yang dibuat oleh keluarga ini. Senaskah Al-Quran yang harus dibaca habis oleh Ardy sehingga khatam. Mungkin disebabkan itu Ardy menitiskan airmata. Lagi pula hubungan pasangan ini ada pasang surutnya namun mereka dapat disatukan.

Pada majlis tersebut juga kehadiran rakan taulan, ahli keluarga memeriahkan lagi acara. Kelihatan Nora Danish bersama suami, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama suami, Linda Onn, Fouziah Gaus, Erra Fazira dan ramai lagi. Selamat penganti baru Betty dan Ardy serta selamat menerima adik ipar Erma dan Umie!

Sumber Instagram Betty & Umie

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

2 Comments on “Erma Fatima Dan Umie Aida Terima Adik Ipar”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.