Dato’ Sri Siti Nurhaliza Menjadi Mangsa Siapa?

Rupa-rupanya masih ada yang sanggup membuat akaun palsu dengan menggunakan nama-nama selebriti tanah air. Terfikir juga apa motif sebenar mereka membuat begitu. Sudahlah menggunakan identiti orang lain, berlagak seperti anda itu orang yang sebenar. Lebih teruk apabila fitnah pun terpalit.

Itu yang terjadi kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pengurus Dato’ Sri Siti, Rozi Abdul Razak telah berkongsi mengenai perkara ini.

Anda di luar sana, mari kita buat laporan sama-sama di Instagram. Bukan akaun Dato’ Sri Siti sahaja malah sesiapa yang anda rasa tidak sesuai untum berada di laman sosial. Kadang-kadang ada juga akaun yang merepek-repek contohnya menjadikan sosial media sebagai tempat untuk membuat perkara yang tidak elok.

Sumber Instagram Rozi Sangdewi

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.