Pengasas IKEA Meninggal Dunia

Sebut sahaja IKEA pasti semua sudah tahu apa yang mahu dicari di sana. Kebiasaannya perhiasan rumah. Harga IKEA juga berpatutan. Tetapi tahukah anda siapa pengasas IKEA? Beliau adalah Ingvar Kamprad yang berasal dari Sweden.

Namun begitu pengasas IKEA ini telah meninggal dunia di usia 91 tahun ketika tidur di kediamannya di Smaland, selatan Sweden.

IKEA bermula dengan sebuah kedai hanya di halaman rumah Kamprad yang asalnya menjual jam tangan dan kad krismas. Kemudian terus berkembang dengan penghasilan perabot dan mendapat pengiktirafan kerana reka bentuk yang berkualiti dan moden.

Dalam pada menuju puncak kejayaan, Kamprad telah berundur dari lembaga pengarah syarikat dan mengetengahkan anak bongsunya untuk mengambil alih jawatan pengerusi.

Sumber BBC

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply