Diana Danielle, Ummi Nazeera, Antara Teraju Gol & Gincu Vol. 2

Masih ingatkah anda dengan drama siri Gol & Gincu? Drama yang ditayangkan pada tahun 2006 itu menjadi fenomena apabila mengetengahkan penceritaan yang berbeza. Sebelum ini nama Fazura, Pierre Andre, Sazzy Falak, Ashraf Sinclair dan ramai lagi telah
mewarnai siri ini.

Tahukah anda, siri ciptaan asal Rafidah Abdullah, Lina Tan dan Bernard Chauly akan muncul dengan Gol & Gincu Vol. 2? Jangan tak percaya! Menampilkan ramai muka baru yang sememangnya anda mahu tonton!

Patutlah Datin Diana Danielle berambut pendek. Rupanya untuk Gol & Gincu. Agak-agak anda siapa lagi yang akan mewarnai Gol & Gincu?

Amacam? Kita ada Nadiya Nisaa, Ziana Zain, Aedy Ashraf, Syafiq Kyle. Itu yang kita lihat di Instagram. Mana Fazura? Masih bersama Gol & Gincu atau bagaimana? Pasti ramai yang menantikan. Kita tunggu sahaja informasi dari pihak Red Communications.

Sumber Instagram Gol & Gincu Vol. 2

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.