Yuna, Adam Diijabkabulkan Di Puncak Rimba

Alhamdullilah, pada 26 Januari 2018, jam 7 petang Yuna selamat menjadi isteri kepada Adam Yousof bin Mohamed Sinclair. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Dato’Mat Zara’ai telah berwalikan ayahandanya, selamat diijabkabulkan dengan Adam hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan telah diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang telah disempurnakan oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang.

Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.

Kami dari team Jambu Batu ingin mengucapkan tahniah buat Yuna dan Adam. Selamat pengantin baru!

Kredit photo Weddingsbyqay

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.