Video Kena Tinggal Dengan Rakan Menjadi Tular

Apa perasaan anda apabila ditinggalkan di stesen minyak atau di kawasan Rehat dan Rawat (RnR)? Ini yang terjadi kepada Mohd Shaheed apabila dia ditinggalkan oleh rakan-rakannya. Video daripada rakannya, telah menjadi tular dan menjadi bahan lawak juga.

Menurut Khairul Amali, rakan kepada Shaheed, mereka tidak sedar Shaheed tidak ada di
belakang kereta. Sebaliknya tersedar apabila isteri kepada Shaheed meninggalkan pesanan di Facebook Messenger.

Telefon bimbit, dompet berada di dalam kereta. Maka Shaheed sehelai sepinggang. Sedangkan rakan-rakannya telah berada 100km jauh daripada kawasan RnR. Shaheed telah meminta tolong daripada orang ramai yang berada di RnR untuk menghubungi isterinya. Ini kerana dia tidak mengingati nombor telefon rakannya itu.

Kesian pun ya juga. Lucu pun ya juga. Tidak mengapa Shaheed. Ini pengalaman menarik
untuk anda dan rakan-rakan.

Sumber Facebook Khairul Amali

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.