Jihan Muse Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Yeay!!! Baby Ninja telah selamat dilahirkan! Tahniah buat Jihan Muse kerana telah selamat melahirkan seorang putera seberat 3.85 kg pada jam 10:15 malam di DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh syarikat pengurusan Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertaintment (LOL).

BREAKING NEWS! #HiMommyJihan #MeleTOP #BabyKuJi KENYATAAN MEDIA Bismillahirahmannirahim. 25 Januari – Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili @jihanmuse dan @ungkuhariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung mereka seberat 3.85kg pada jam 10.15pm sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga. Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih.

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Menurut LOL, Jihan dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu Jihan akan berehat selamat dua bulan bagi menumpukan perhatian buat bayi sulung ini. Tahniah kami ucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz.

Selamat merehatkan diri. Selamat berpantang juga!

Jom layan video lirik Adiwarna, single sulung Jihan dan juga lagu latar vlog Hi Mommy Jihan!

Sumber Instagram Meletop & Jihan

 

 

 

 

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply