Siapa Haikal Farid?

Baru-baru ini telah berlangsungnya pelancaran single pendatang baru, Haikal Farid. Single yang berjudul Waktu Terindah ciptaan kakaknya sendiri, Farhana Farid. Berusia 19 tahun, Haikal dilihat berani untuk memperjuangkan muziknya sendiri.

Penyanyi baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan sukar dijangka. Apabila terlampau ramai, persaingan antara satu sama lain pasti ada. Namun bagi Haikal apa yang membezakan dia dengan penyanyi sedia ada ialah dia memiliki suara yang tersendiri dan berkarisma.

Untuk single Waktu Terindah, Haikal telah bekerjasama dengan komposer ternama tanahair Adinda Amiro. Lagu yang mengisahkan tentang semangat kehidupan ini adalah batu loncatan buat Haikal untuk melangkah lebih jauh di dalam dunia muzik tanahair.

Single ‘Waktu Terindah’ ini telah membariskan penggiat muzik hebat tanahair seperti Adinda Amiro sebagai penerbit dan susunan muzik, dengan barisan pemuzik Wan Gigi, Ejam, Bakri Gerhana Ska Cinta, dan juga sentuhan piano istimewa oleh Dato’ Ramli MS. Ini menjadikan single ini istimewa dan membawa nafas baru kepada dunia muzik tanahair. Single ini juga boleh didapati melalui muat turun Spotify dan Joox untuk dihayati.

Trivia Haikal : 3 perkara yang tidak digemari

  • Tidak suka tikus liar
  • Tidak suka petai
  • Tidak suka orang yang sombong

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply