Dato’ Farid Kamil Mahu Memperjuangkan Nasib Mereka Yang Teraniaya

Setelah dibebaskan pada 16 Januari lalu, ramai yang menanti kenyataan daripada Dato’ Farid Kamil. Namun hanya kenyataan biasa dari keluarga Farid seperti Fadzil dan Yana Samsudin. Begitu juga dengan Datin Diana Danielle yang enggan memberi sebarang komen. Tetapi di laman sosialnya begitu positif, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kasih sayang antara suami isteri sukar dipisahkan malah sentiasa mekar dari hari ke hari. Itu yang dapat dilihat pada kedua pasangan ini. Semestinya Farid mahukan yang terbaik begitu juga dengan Diana. Kita berdoa supaya semua dipermudahkan.

Tidak dapat dipastikan apa aduan yang dibuat oleh Farid. Seperti kata Farid, dia akan memperjuangkan nasib orang-orang yang teraniaya. Apakah maksud di situ? Kita nantikan sahaja. Sesambil itu jangan lupa tonton drama terbaru lakonan Farid bersama
Nelydia Senrose, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Sumber Instagram Farid, Diana & Bambam Studios

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply