Sebaknya Bila Aril Pilus Minta Arwah Izwan Pilus Menunggunya Di Sana

Sedar tak sedar sudah 6 tahun lamanya, arwah Khairil Izwan Pilus meninggalkan kita semua. Namun, dia tak pernah sekali-kali hilang dalam ingatan kita semua.

Terutama orang-orang yang berada di sekelilingnya, termasuklah adik kandungnya, Khairil Azam Pilus atau Aril Pilus.

Setiap tahun, Aril pasti akan mengenang tarikh pemergian abangnya yang jatuh pada 21 Januari.

Tahun ini juga tidak terkecuali dan dalam instagramnya semalam, Aril Pilus telah memuatkan posting yang cukup menyayat hati.

“Setiap yang hidup pasti akan menemui penciptaNya, Al-Fatihah #KhairilIzwanPilus semoga tenang kau di sisi orang-orang yang beriman. 6 tahun dah berlalu, tunggu aku ye wan, tanggungjawab aku kat muka bumi ni belom selesai lagi.

“Anak buah kau dah besar dah 2 tahun lebih #TunAdrielMikael lasak mcm aku wan! Patut la kau selalu pedajal aku masa kecik-kecik!

“#Fans kau semua rindu kau,  masa aku shooting dengan Dato @aliffsyukriterlajaklaris dia cakap dia peminat kau. Dia suka lagu #KembaliSenyum . Anyway, nanti kita jumpe ye #IzwanPilus

“Nama kau sentiasa dalam doa setiap kali lepas aku solat. Moga di permudahkan segala urusan di alam kubur, In Sha Allah. Ameen..”.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply