Hebat Penangan Pok Ya Cong Codei , Sampai Fans Sanggup Bikin Fanpage!

Terharu sungguh pengarah, pelakon serta pelawak Sabri Yunus apabila ada segelintir fans sanggup bersusah payah untuk mewujudkan fanpage group Pok Ya Cong Codei.

Team Jambu Batu tak pastilah sama ada Pok Ya Cong Codei nih benar-benar wujud atau tidak di Kelantan. Tapi, yang pastinya penangan Pok Ya Cong Codei memang luar biasa.

Mungkin sebab Sabri Yunus kot yang melakonkan watak Pok Ya Cong Codei tu, sebab tu watak tu nampak hidup dan berkesan.

Sayang sekali ia hanyalah sebuah telefilem. Kalau dibuat dalam bentuk siri, pasti menarikkan?

Baru sahaja ditayangkan di saluran Astro Citra 131 dan Mustika HD 134 pada 20 Januari lalu, Pok Ya Cong Codei adalah sebuah kisah mengenai watak samseng bernama Pok Ya yang merupakan anak jati Kelantan.

Dia ditugaskan mencari anak seorang peniaga yang hilang yang dipercayai telah diculik serta dilarikan di Kuala Lumpur.

Kes itu memaksa Pok Ya untuk datang ke Kuala Lumpur. Dia dibantu rakan-rakannya. Setelah kes selesai , dia pulang semula ke kampung. Namun,  isterinya yang muda dan cantik pula hilang.

 Menariknya, Pok Ya Cong Codei dibintangi oleh artis kelahiran Kelantan seperti Mustapha Kamal, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Sadi Sabri serta Sabri Yunus sendiri. Malah , Sabri Yunus turut bertindak sebagai pengarah telefilem ini.

 Dek kerana terharu dengan usaha yang dilakukan fans itu terhadap Pok Ya Cong Codei, Sabri telah memuatkan ucapa terima kasih di instagram peribadinya.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply