Kerana “Pakcik”, Remy Ishak Masih Relevan

Drama apa yang anda tengah tengok sekarang? Rasanya drama Kekasih Paksa Rela pasti ada dalam senarai, kan? Drama lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa ini mula menjadi bualan. Lama kita tidak melihat Remy berlakon, nah, penangan Pakcik menjadi viral.

Kalau pelakon yang sememangnya berlakon seikhlas ini, sentiasa dinantikan.

 

Malah penyokong utama Remy, turut menonton. Siapa lagi kalau bukan tunang tersayang, Ezza Yusof. Memang lain macam hero Kekasih Paksa Rela ini. Agak-agaknya bilalah mereka berdua ini akan disatukan, kan?

Terkini Remy sedang dalam pengambaraan filem terbaru berjudul The Legend Of Pontianak berpasangan dengan Fazura. Sebelum ini Fazura telah meminjamkan kipas kecil kepada Remy ketika pengambaraan. Biasalah cuaca panas. Kemudian Remy telah mendapatkan satu kipas kecil untuk dirinya sendiri.

Hamboi, kemain Remy. Siap minta adik-adik yang mahu tandatangan pegang kipas kecil itu. Nasib baik kesemua mereka comel.

Sumber Instagram Remy & Ezza

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.