Pelakon Cilik Nik Adam Mikael Dah Jadi Rapper?

Team Jambu Batu Online percaya ramai yang meminati pelakon cilik Nik Adam Mikael lantaran lakonannya yang cukup berkesan dalam drama seperti Budak Ijat, Suamiku Paling Sweet serta Biar Aku Jadi Penunggu.

Terbaru, si cilik yang baru sahaja berusia 7 tahun ini sudah mula menunjukkan bakat menjadi rapper.

Dalam akaun facebooknya, Nik Adam Mikael telah memuat naik posting video parodi, Buat Selamanya yang telah diyanyikan Alif Sleeq.

Kata Nik Adam Mika, dia membuat video parody Buat Selamanya itu kerana dia amat meminati Alif Sleeq dan Alif juga merupakan idolanya.

Haaa..Inilah yang dinamakan fans tegar. Kalau dah suka sangat dengan idola mereka, sanggup susah payah untuk lakukan sesuatu kejutan untuk selebriti yang mereka minati.

Walaupun, Nik Adam Mikael sendiri pun sudah bergear selebriti, tapi, tak salah pun untuk dia meminati selebriti lain.

Apapun, cuba korang tengok video posting Nik Adam Mikael nih. Style sungguh. Sebijik macam Alif pulak dalam muzik video rasmi Buat Selamanya. Lakonan Nik Adam Mikael terbaik!!!

Klik link ini untuk tonton video parodi Nik Adam Mikael:

https://bit.ly/alifvsnikadam

Yang ini pulak muzik video Alif – Buat Selamanya

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.