“Lidi Satu Batang Senang Ja Orang Nak Patahkan” – Fadzil Zahari

Walau seburuk mana sekali pun adik-beradik, hubungan tidak akan putus. Ia adalah darah daging sendiri, seibu sebapa. Apa sekali pun yang terjadi, adik-beradik yang akan membantu kita melainkan anda tidak mempunyai adik-beradik.

Semalam berita gembira diterima oleh Dato’ Farid apabila telah dibebaskan daripada tanahan reman dengan ikat jamin sebanyak RM12,000. Namun begitu Dato’ Farid akan kembali ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 5 Mac 2018 bagi menghadapi empat pertuduhan jenayah. Walaupun bukan betul-betul bebas dan terlepas daripada pertuduhan tapi wajah ceria Farid melegakan banyak pihak terutama keluarganya.

Alahai, sebak pula baca kapsyen Fadzil adik kepada Farid dan juga suami kepada Yana Samsudin. Betul, kalau seorang diri senang sahaja untuk kita dijatuhkan. Tetapi jika bersatu, pasti akan kukuh.

Disaat sebegini, ahli keluarga memainkan peranan yang penting. Semoga semua dipermudahkan.

Sumber Instagram Fadzil.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.