Seniman Perkukuh Hubungan Diplomatik Kuala Lumpur-Jakarta

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jakarta baru-baru ini sebagai suatu usaha untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui industri kreatif secara khususnya.

Dalam kunjungan hormat tersebut, SENIMAN telah berpeluang untuk duduk berbincang bersama Beberapa persatuan hiburan di Indonesia. Antaranya, Persatuan Karyawan & Televisi Indonesia, Demi Film Indonesia, Persatuan Produser Filem Indonesia  termasuklah beberapa buah stesen televisyen  Indonesia seperti  Indosiar dan Net TV.

Lawatan yang julung kalinya diadakan di bawah kepimpinan Zed Zaidi diadakan sebagai suatu usaha untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui industri kreatif secara khususnya.

Dalam rangka lawatan selama 3 hari ini juga Seniman dapat menyampaikan hasrat Malaysia dalam  mendepani   masalah kemasukan serta lambakan artis atau pelakon daripada Indonesia dengan memperkenalkan solusi termasuk akta dan perundangan, polisi dan dasar, dokumentasi, permit, kerjasama produksi, pelaburan dan ekosistem industri kreatif serta mengkukuhkan dasar-dasar kerajaan kedua Negara untuk menjadikan industri kreatif sebagai hub di rantau ini.

Selain itu juga, objektif lawatan inijuga diadakan  adalah bagi menwujudkan pembangunan kerjasama strategik dua hala di antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui platform “Cultural Diplomacy” dan Seniman yakin ia akan mencapai matlamatnya dalam sedikit masa lagi.

Kunjungan ini juga adalah bagi memperkenalkan kepada pemain atau pengendali industri kreatif di Indonesia untuk mematuhi syarat menjadi ahli bersekutu Seniman ketika ingin menjalankan sebarang aktiviti seni di Malaysia selain mematuhi undang-undang mahupun akta.

Malah, mereka juga perlu memiliki permit yang sah sebelum tiba di Malaysia. Seniman akan memainkan peranan sebagai jambatan kepada mereka dengan agensi Kerajaan yang terlibat.

Seniman juga akan mengundang mereka untuk membuat kunjungan balas pada bulan Mei akan datang sebagai menghargai jasa mereka atas layanan baik  semasa Seniman di Jakarta.

Seniman merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan yang diwakili Puan Marlina Yulianty Koordinator Pusat Penggembangan Filem,  Persatuan Karyawan & Televisi Indonesia, Demi Film Indonesia, Persatuan Produser Filem Indonesia,Station TV Indosiar dan Net TV.

“Anak Seni Pewaris Bangsa, Seniman Rakyat Untuk Negara”

 

seniman3.jpg

seniman2

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply