Saya Rindu Anak-Anak, Saya Sayang Diana – Farid Kamil

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengakui rindukan anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora,

Malah, dia turut meluahkan rasa cintanya terhadap isterinya, Datin Diana Danielle yang turut hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, seperti yang dilaporkan MStar Online.

Saya rindu anak-anak. Saya sayang Diana,” kata Farid.

Dia juga memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik.

“Alhamduilillah, saya baik sahaja,” katanya,

Farid ketika dibawa berjalan masuk ke bilik reman turut menyatakan rasa rindu terhadap dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora selain memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Diana Danielle hadir ke  Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebagai tanda sokongan terhadap suaminya. Dia ditemani  pelakon Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid Kamil.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.