Kematian Mengejut, Dolores O’Riordan, Penyanyi The Cranberries

Awal pagi tadi, seluruh dunia dikejutkan dengan berita kematian Dolores O’Riordan, penyanyi kumpulan The Cranberries pada usia 46 tahun di London. Penyanyi itu berada di London untuk sesi rakaman. Setakat ini, punca kematian masih belum diketahui.

Polis di Westminster menyatakan mereka dipanggil ke sebuah hotel di Park Lane pada jam 9.05 pagi. Polis Metropolitan London dalam kenyataan mereka,“Seorang wanita di pertengahan 40an dikatakan mati di tempat kejadian. Pada peringkat ini, punca kematian tidak dapat dijelaskan.”

Berita kematian Dolores disambut pilu oleh para peminat dan selebriti serata dunia, rata-rata menyatakan mereka merasa terkejut, sedih dan kehilangan dengan pemergian tidak disangka ini.

cranberriestop7.jpg

Dolores yang mempunyai cara nyanyian dan vokal unik, mula mencipta nama bersama The Cranberries sejak beliau menyertai kumpulan itu di Limerick pada tahun 1989. The Cranberries merupakan salah satu band Ireland terbesar pada tahun 1990an. Sepanjang kerjaya seni The Cranberries, mereka menjual lebih daripada 40 juta rekod . Hits yang paling popular termasuk Zombie, Ode To My Family dan Linger. Mereka berpecah pada tahun 2003 dan bergabung semula pada tahun 2009.

Pada tahun 2012, The Cranberries pernah datang ke Malaysia bagi menjayakan konsert The Cranberries Live In Malaysia.

592259_65720

 

Pada tahun 2017, kumpulan itu mengeluarkan album akustik “Something Else” dan terpaksa membatalkan jerayawara  di Eropah dan Amerika Utara atas sebab kesihatan Dolores yang dikatakan mengalami sakit belakang.

 

The Cranberries dalam kenyataan ringkas mereka di laman rasmi Facebook kumpulan tersebut, turut mengesahkan pemergian penyanyi utama mereka itu. Terbaharu, rakan ahli The Cranberries yang lain – Noel Hogan, Fergal Lawler, dan Mike Hogan menzahirkan rasa sedih dan menyifatkan permergian Dolores adalah suatu kehilangan buat dunia.

Dolores meninggalkan tiga orang anak, iaitu Taylor Baxter, Molly Leigh dan Dakota Rain hasil perkongsian hidup dengan Don Burton, pengurus jelajah kumpulan Duran-Duran.

Berikut merupakan tweet terakhir Dolores di laman Twitter pada 4 Januari lepas. Tweet yang dikirim 11 hari yang lalu itu seakan-akan membayangkan beliau akan pergi buat selamanya dan merupakan ucapan selamat tinggal terakhir darinya.

DolORiordan.png

 

Selamat jalan, Dolores. Thank you for the music!

Sumber: BBC

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.