Farid Kamil Bersyukur Bebas Tahanan Reman

Pelakon dan pengarah Dato’  Farid Kamil memanjatkan rasa syukur apabila dia dibebaskan selepas lima hari ditahan reman bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 11 Januari lalu.

Dia juga menyifatkan bahawa kontroversi yang melanda dirinya adalah sebagai suatu dugaan dan pada masa yang sama ia menjadikan perjalanan hidupnya lebih menarik lagi.

Farid dalam laporan MStar berkata demikian sejurus selepas selesai urusan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada   jam 3 petang tadi.

Dia juga mengakui tidak sabar untuk menemui dua orang anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, secepat mungkin.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Farid Kamil Bersyukur Bebas Tahanan Reman”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.