Yuna Zarai-Adam Sinclair Kahwin 28 Januari 2018

Team Jambu Batu Online percaya ramai yang tertanya-tanya, bilakah penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai akan berkahwin dengan Adam Sinclair yang juga adik kepada aktor Indonesia kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair.

Sedangkan hen’s party Yuna Zarai sudah pun diadakan baru-baru ini. Untuk tak mahu korang terus berteka-teki, team Jambu Batu Online telah pun mendapat informasi mengenai majlis perkahwinan mereka.

Ia bakal diadakan pada tarikh 28 Januari 2018. Cantikkan tarikh nih? Mengikut perancangan awal, majlis perkahwinan mereka akan diadakan Setia City Convention Centre tepai kemudian ia ditukar kepada Putrajaya International Convention Centre.

Tahniah buat Yuna dan Adam yang bakal jadi pasangan suami isteri tidak lama lagi. Apa yang pasti, perkahwinan mereka ini akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara mereka kerana Yuna dan Adam memiliki pertalian saudaraan di sebelah ibu mereka.

Wah! Seronoknya team Jambu Batu bila tengok keluarga yang bakal bersatu. Tahniah sekali lagi.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.