Wan Maryam Wan Hafizol, Nama Baby Fizo Omar-Mawar Karim

Rasanya belum terlewat untuk team Jambu Batu Online mengucapkan tahniah buat Fizo Omar dan isterinya tercintanya, Mawar Karim di atas kelahiran bayi pertama mereka.

Setelah empat tahun  menunggu untuk dapat baby, akhirnya Allah SWT menganugerahkan mereka rezeki tersebut iaitu seorang baby perempuan yang sihat dan comel.

Walaupun sudah dua minggu baby tersebut dilahirkan, namun dua hari lepas, barulah Fizo Omar dan Mawar Karim memberikan nama yang rasmi buat baby mereka. Nama baby tersebut telah diumumkan di akaun IG Fizo dan Mawar.

Bayi yang dilahirkan pada 29 Disember, jam 4.01 petang itu telah dinamakan sebagai Wan Maryam Wan Hafizol. Sedapkan nama baby Fizo dengan Mawar nih?

Sebelum ini, Wan Maryam telah dijangkiti penyakit kuning iaitu sejneis penyakit yang biasa menyerang baby-baby yang baru lahir. Tapi, setelah mendapat rawatan lanjut, Wan Maryam sudah kembali pulih.

Semoga Wan Maryam akan jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Amin..

Sebelum itu, Fizo ada berkongsi kisah tentang perasaannya apabila melihat isterinya, Mawar melahirkan zuriat yang ditunggunya selama 4 tahun secara depan mata. Sungguh mengharukan

Inilah perasaan sebenar Fizo:

“Aku tahu macam mana aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.

S”yukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.Dan aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami.
.
Percikan darah dan air ketuban yg aku tengok tu macam tak percaya ygang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.Dalam kepala aku bukan la nak memikirkan paasl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku,dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri. <empunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.
.
Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percaya…WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!.. Itulah yg bermain di kepala aku.Aku sampai takde kekuatan untnk nk pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang nurse sedang buat kat anak aku. Diaorang tepuk tapak kaki dan baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah…
.
Tibalah saat yg paling aku nantikan….AZAN seorang bapa..

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply